Monday 10 April 2017


MAKLUMAT KEMASUKAN KE SEK. MEN. TEKNIK

Tahniah dan terima kasih kerana memilih bidang Pendidikan Teknikal sebagai pilihan laluan kerjaya anda. Kami di Counseling2U akan membantu anda langkah demi langkah sebelum anda membuat keputusan kursus yang paling sesuai dengan anda. Pihak kami amat berharap agar anda dapat melalui proses ini dengan baik kerana melalui kajian kami, kegagalan pelajar membuat pilihan kursus yang tepat memberi kesan kepada pencapaiannya secara keseluruhan.


LANGKAH 1 : MENGENALI DIRI ANDA

Melalui fasa ini pelajar perlu mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta potensi yang dimiliki. Penekanan kepada minat kerjaya, nilai kerjaya dan pencapaian . Terdapat 3 ujian psikologi yang boleh membantu anda mengenali diri anda iaitu " Self Directed Search "( SDS ), Inventori Personaliti Sidek ( IPS ) dan Inventori Nilai Pekerjaan Sidek ( INPS ). Manakala bagi mengenalpasti pencapaian, pelajar boleh menggunakan keputusan peperiksan PMR dan mata pelajaran matematik dan sains sangat diberikan perhatian.. Melalui ujian " Self Directed Search " ( SDS ) yang diperkenalkan oleh Holland telah dialih bahasa oleh Dr. Sidek Mohd. Noah merangkumi 6 bidang minat iaitu Realistik ( R ), Investigatif ( I ), Artistik ( A ), Sosial ( S ), Enterprising ( E ) dan Conventional ( C ). Melaluinya anda boleh memahami bidang yang bersesuaian dengan anda. Misalnya, jika anda termasuk dalam kumpulan minat Realistik ( R )maka kerjaya bidang Kejuruteraan adalah bersesuaian dengan anda, manakala minat kerjaya Convensional ( C ), kerjaya sebagai Akauntuan atau Juru akaun adalah bersesuaian dengan anda. Melalui kajian yang dilakukan, minat kerjaya mempunyai hubungan dengan pencapaian dan kepuasan kerja. Oleh yang demikian pelajar dinasihatkan untuk menjalankan ujian - ujian di atas di sekolah masing - masing terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. 

LANGKAH 2 : TEROKA PELUANG ANDA 

Langkah berikutnya akan membawa anda meneroka pilihan dan peluang yang ada. Peringkat ini memerlukan anda mendapatkan pelbagai jenis maklumat berkaitan dengan bidang minat kerjaya anda. Misalnya anda berada dalam kumpulan minat kerjaya Realistik ( R ), maka apakah kerjaya kumpulan tersebut. Memahami bidang dan sub bidangnya. Memahami perbezaan diantara 3 bidang kejuruteraan, Mekanikal, Awam dan elektrikal. Mengenalpasti kerjaya dalam kumpulan kejuruteraan Awam seperti Juru Ukur Tanah, Arkitek, Pengurus Bangunan ataupun pegawai penilai hartanah. Pelajar boleh menggunakan kemudahan internet " Maklumat dihujung jari " bertujuan untuk memahami bidang kerjaya tersebut. Bila menyebut memahami, bermaksud anda dapat mendefinisikan bidang kerjaya yang dipilih, deskripsi tugas, cabaran, pendidikan lanjutan , persekitaran kerja dan pelbagai kreteria lain yang dapat memotivasikan anda untuk meminati bidang kerjaya tersebut. Counseling2U juga ada menyediakan klip-klip video yang berkaitan untuk menambah maklumat anda mengenai bidang pilihan anda. 

LANGKAH 3 : MEMBUAT KEPUTUSAN 

Langkah ke 3 , memerlukan anda membuat keputusan pekerjaan pilihan anda. Setelah selesaikan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pekerjaan tersebut. Sila senaraikan seberapa banyak jenis pekerjaan yang bersesuaian dan menarik minat anda. Misalnya anda telah memilih 40 jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan kod 3 mata Holland yang diperolehi melalui ujian " Self Directed Search ", dan anda telah membuat penelitian mengenai setiap pekerjaan tersebut. Kemudian anda hendaklah menyenarai pendek daripada 40 jenis pekerjaan kepada 10 jenis pekerjaan. Pemilihan dibuat berdasarkan syarat kursus, prospek kerjaya, peluang melanjutkan pelajaran, kos , minat dan potensi. Susunkan 10 jenis pekerjaan mengikut keutamaannya. Kelaskan pekerjaan tersebut mengikut kursus yang ditawarkan. 

LANGKAH 4 : TERUSKAN 

Langkah ini merupakan langkah terakhir. Setelah membuat pengkelasan kursus barulah anda kenalpasti kursus pilihan yang bersesuaian dengan minat dan pencapaian anda dalam peperiksaan PMR. Rujuk Aplikasi Online Kemasukkan ke SMT/KV  di https://sptv.moe.gov.my/ 

Wednesday 5 April 2017


AKTIVITI UBK 

BULAN FEBRUARI 2017


1) Ceramah Buli 2017


Pada 7 Februari 2017, satu ceramah bagi membantu pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid iaitu Ceramah Buli 2017 telah dijalankan. Ceramah melibatkan semua ahli PRS dan semua pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 STTJ yang seramai 210 kesemuanya.
Di antara objektif ceramah ini ialah:
1.    Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai jenis-jenis buli di sekolah
2.    Supaya pelajar mengetahui akan tindakan yang akan dikenakan terhadap pelajar yang membuli
3.    Memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara mengelak daripada dibuli
4.    Menanam sifat berani bertindak, tegas dan yakin dalam membuat keputusan kepada pelajar.
Ceramah ini dimulakan pada pukul 3.30 petang dengan pengenalan daripada Inspektor Ahmad Khairu bin Mohamad, “Polis angkat” Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, berkenaan dengan jenayah dan kategori-kategorinya. Seterusnya, ceramah diteruskan dengan penerangan tentang salah laku Buli, yang merangkumi definisi, jenis-jenis, punca, kesan dan banyak lagi.

Ceramah pada hari itu juga, Inspektor Ahmad Khairu bin Mohamad memberi peringatan kepada semua pelajar agar tidak bertindak mengikut hati dan bertindak sendiri. Ceramah ini tamat pada pukul 5.00 petang. Majlis penyampaian cenderamata disampaikan oleh Cik Norsyatirah binti Abu Bakar.


IMBASAN KENANGAN 😊😄😄









 2) Ceramah Penetapan Matlamat Tingkatan 4 2017


 Ceramah Penetapan Matlamat Tingkatan 4 2017 telah dijalankan pada 17 Februari 2017 (Jumaat) di Dewan Besar STTJ. Ceramah ini melibatkan 240 orang pelajar Tingkatan 4. Melalui ceramah ini, diharapkan ia akan dapat:
o        Membantu para pelajar mengenalpasti potensi diri untuk mencapai kecemerlangan;

o  Membentuk pelajar yang berwawasan bagi merealisasikan impian dan mempunyai inspirasi;

o     Membantu para pelajar mempunyai kesedaran untuk bersungguh-sungguh .dalam setiap perkara.

Ceramah Penetapan Matlamat T4 ini bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada 5.45 petang. Ceramah ini disampaikan oleh En. Mohd Kamal Muhsin Mohd Yunus. Ceramah dimulakan dengan pembahagian kumpulan oleh En. Kamal dan bermulalah LDK 1. En. Kamal menerangkan kepentingan penetapan matlamat kepada pelajar pada masa ‘sekarang’ dan cara-cara yang betul dalam menetapkan sesuatu matlamat dengan berkesan. Beliau juga berkongsi dengan para pelajar akan kesan-kesan tidak mempunyai matlamat yang jelas melalui LDK ‘Si Buta’. Majlis penyampaian cenderamata disampaikan oleh Puan Anna Diana binti Aziz.



IMBASAN KENANGAN 😊😄😄








3) Ceramah Pengurusan Masa & Teknik Belajar 2017


Pada 21 Februari 2017 yang lalu, telah diadakan Ceramah Pengurusan Masa & Teknik Belajar kepada semua pelajar tingkatan 4. Ceramah ini dijalankan dengan bertujuan:                     
1.      Membantu para pelajar membaiki teknik dan strategi belajar masing-masing;

2.      Membimbing pelajar memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan pencapaian akademik melalui pengurusan masa yang lebih cekap dan teknik belajar yang lebih berkesan;

3.      Memberi kesedaran kepada para pelajar akan pentingnya pengurusan masa yang baik.

Ceramah ini dimulakan pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.45 petang. Pelajar diberi beberapa tip pengurusan masa dan cara yang betul dan berkesan untuk belajar. Di awal program, En. Kamal menunjukkan cara-cara menguruskan masa dengan betul dan efektif, beliau juga berkongsi kesalahan-kesalahan yang sering pelajar lakukan ketika belajar dan mengulangkaji pelajaran. Seterusnya, En. Kamal menerangkan beberapa jenis gaya belajar dan kelebihan dan kekurangan setiap gaya belajar tersebut. Beliau juga menekankan beberapa teknik belajar yang berkesan antaranya adalah belajar berkumpulan dan peta minda.


IMBASAN KENANGAN 😊😄😄










4) Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Koperator Sekolah 2017

Pada 20 Februari 2017 yang lalu, telah dijalankan Majlis Perlantikan bagi PRS, PSS dan Koperator Sekolah di Dewan Besar STTJ semasa perhimpunan rasmi sekolah dijalankan. Objektif majlis perlantikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memaklumkan secara rasmi perlantikan pemimpin pelajar tahun 2017. Selain itu juga melalui perlantikan ini juga, semua guru dan pelajar maklum bahawa pemimpin pelajar yang di pilih untuk membantu unit-unit seperti:
-          Unit Bimbingan & Kaunseling;
-          Pusat Sumber Sekolah; dan
-     Koperasi STTJ Berhad 

Kumpulan Sasaran

:

Seramai 61 orang pemimpin pelajar telah dilantik. Senarai pengerusi bagi setiap unit adalah seperti berikut:
Bil.
Unit
Nama Ketua Unit
Bil. Pelajar
1
Pembimbing Rakan Sebaya
1.    Muhammad Raziq bin Razlan (5A2)
2.    Zaim Hadi bin Noorhadi (5P2)
22
2
Pengawas Pusat Sumber
Muhammad Haikal in Mohd Sa’at (5E2)
19
3
Koperator Sekolah
Muhamad Haziq Salikin bin Azizi (5A3)
20

Majlis Perlantikan ini disampaikan oleh tuan pengetua iaitu Tuan Haji Zulkiflee bin Abd. Rahman. Sebelum Majlis Perlantikan dijalankan, para pelajar telah menjalani latihan dan menjalankan tugas masing-masing  sepanjang tahun 2016. Majlis Perlantikan Pemimpin Pelajar ini dijalankan semasa perhimpunan rasmi hari Isnin pada pukul 7.30 pagi. Tuan pengetua menyampaikan sijil lantikan kepada semua ketua unit. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Muhammad Raziq bin Razlan (5A2).



How To Apply UPU Online 2017